
Sulit
4 tahun
Sakit apabila membuang air besar
Saya berusia 22 tahun dan masih belajar di sebuah IPT. Saya perasan kebelakangan ini apabila saya hendak membuang air besar, saya berasa sakit. Kesakitan ini bertambah apabila saya ingin mencuci kawasan tersebut dengar air. Apakah rawatan atau perkara yg patut saya cuba? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Tahi yang keras
- Masalah usus
- Anal fistula
- Anal fissure
- Radang di sekitar kawasan punggung
- Kanser usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah:
- Makan makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi
- Elakkan dari meneran dengan terlalu kuat semasa membuang air
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala berikut:
- Najis yang keras
- Najis bercampur dengan darah
- Hilang selera makan
- Berat badan turun mendadak
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.