ashidawanyou
4 tahun
Sakit ari sebelah kiri
Selamat pagi dr. Sy berusia 33tahun sekarang saya sedang mengandung ank ke 2 selepas 11tahun dari anak pertama. 30 minggu usia kandungan saya. Saya menghadapi sakit pada ari ari sebelah kiri. Berdenyut denyut dan kadang kadang ada rasa pedih.sewaktu saya tidur untuk tukar posisi ke sebelah kanan agar sukar kerana sakit di bahagian ari ari tersebut.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tumbesaran rahim yang memberi tekanan ke organ-organ atau tulang sekitar, menyebabkan kesakitan.
- Kesakitan ini boleh disebabkan oleh pergerakan bayi dalam kandungan.
- Tumbuhan fibroid yang akan dinampak sekiranya anda mengikuti jadual susulan buku pink untuk kehamilan anda.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda seperti berlakunya pendarahan atau bayi tidak aktif seperti biasa, anda disarankan untuk merujuk masalah ini ke hospital yang paling dekat dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.