
Sulit
5 tahun
Sakit atau pening kepala
saya 16 tahun selalu sakit/pening kepala.apabila saya check darah dekat klinik doktor kata semua okay.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan pelbagai faktor seperti:
- Migrain - pencetus seperti makanan coklat, keju, kafein
- Perubahan hormon - ketika ovulasi atau pra-menstruasi
- Sakit kepala tegang - akibat stres, dehidrasi
- Anemia (kurang sel darah merah)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.