
Sulit
4 tahun
Sakit badan belakang, sakit dada, kebas tangan kiri
Saya wanita berumur 20-an dan mengalami sakit belakang dibahagian kiri, rasanya seperti muscle atau urat salah. sakit itu membawa ke dada dan juga bawah buah dada, dan tangan kiri saya turut kebas

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Masalah pankreas (keradangan, jangkitan dsb)
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
Batu karang pada saluran buah pinggang
Ovulasi boleh menyebabkan kesakitan pada pinggang (untuk perempuan)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.