
Sulit
5 tahun
Sakit badan dan kesukaran bernafas
Saya wanita 25 tahun, last week saya demam sehari and then terus elok . Tapi selepas tu saya sakit2 badan , sakit kepala , dan mengalami sedikit kesukaran untuk bernafas dan badan tidak bermaya . Hampir seminggu saya mengalami sakit tu . Perlu ke saya buat ujian saringan covid 19 ? Atau boleh ke klinik swasta biasa .

5 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami tentang kebimbangan anda mengenai jangkitan COVID-19. Berdasarkan simptom sukar bernafas dan badan tidak bermaya yang anda hadapi anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala ini juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria / virus
- Keradangan paru-paru
- Asma
- Tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini