Sulit
4 tahun
Sakit badan selepas kena covid
Mak saya berumur 75 tahun,2 minggu lepas mak saya di sahkan +ve covid.bersama dengan abg saya sekeluarga.dan mak saya belum dapat vaksin.kemudian Oksigen mak saya drop dan kena warded untuk pakai oksigen la.
Selepas beberapa hari mak dah ok dan dibenarkan balik tapi keesokannya mak mula rasa sakit seluruh badan.mak kata rasa mencucuk².sehingga nak bergerak pun susah sebab sakit sangat.sampai menangis mak saya.
Jadi,soalan saya ada ke ubat yang boleh legakan sakit badan mak saya?
Atau perlukah mak saya di bawa ke hospital semula?
Atau ada sesuatu yang boleh dilakukan supaya mak sihat?
Mak takde demam,takde batuk selepas discharge cuma sakit seluruh badan yang teruk.hari ni hati ke empat mak balik rumah.terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sakit badan selepas jangkitan covid adalah gejala umum. Sekiranya gejala ibu anda jadi semakin teruk, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454. Langkah ini akan lebih berkesan daripada pergi ke hospital sendiri.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































