
Sulit
3 tahun
Sakit bahagian ari ari dan bila di tekan terasa ada sesuatu keras
Saya wanita berumur 20 tahun , saya mengalami masalah sakit perut di bahagian ari ari… saya amat risau dan saya cuba menyentuh dan menekan di bahagian bawah perut… saya merasakan ada keras² , saya tidak tahu apa benda tersebut ataupun organ lain yg saya rasakan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah sakit perut pada bahagian bawah atau ari-ari. Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, biasanya sakit perut pada bahagian ari-air atau bawah perut bagi wanita boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kencing
- Senggugut
- Penyakit batu karang
- Kecederaan pada otot atau tulang sekitarnya
- Masalah pencernaan
- Masalah pada rahim, ovari atau organ peranakan lain
Bahagian keras pada kawasan tersebut boleh jadi adalah tulang pelvis anda. Namun begitu, pemeriksaan perlu dilakukan untuk kepastian. Sebahagian daripada punca sakit perut bahagian bawah ini adalah serius dan memerlukan perhatian doktor segera. Oleh itu, anda perlu merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.