
amiza3108
5 tahun
Sakit bahagian atas ari-ari tengah perut sebelah kanan
Saya umur 28 tahun.saya sudah berkahwin dan punyai anak 2 orang.pada bulan jun 2019 saya ada rasa sakit dibahagian atas ari-ari dekat perut sebelah kanan.bila saya kencing,dihujung air kencing tu akan rasa sakit di bahagian perut.macam menekan-nekan.bila saya tekan dibahagian tengah perut rasa sakit.selepas itu,dalam seminggu sakit itu hilang dengan sendiri.sekarang bulan september sakit tu datang balik.boleh saya tahu ini tanda-tanda apa ya…terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- Endometriosis
- Fibroid
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.