
amermaslan
5 tahun
Sakit bahagian atas rusuk kiri
Saya seorang lelaki yg berusia 18 tahum saya mengalami sakit pada bahagian atas rusuk kiri kadang2 sampai ke belakang apa puncanya ye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Mengikut keterangan anda, masalah yang anda sedang hadapi ini mungkin daripada masalah Costochondritis. Costochondritis ini adalah keradangan rawan pada tulang rusuk.
Sakit rusuk kiri juga boleh disebabkan oleh:
- Tekanan stres
- Dehidrasi(pengambilan air tidak mencukupi)
- Kurang tidur
- Demam
- Anemia(kurang kadar darah)
- Kekurangan Vitamin D
Saya sarankan anda untuk mendapatkan nasihat dan rawatan segera dari pihak doktor berdaftar kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.