
Anonymous
5 tahun
Sakit bahagian bawah pusat
Selamat petang. Saya wanita berusia 20 tahun. Saya berasa sakit di bahagian bawah pusat . Jika di tekan atau bangun dari tempat duduk yang rendah dia berasa sakit dan seakan seperti sesuatu yang menarik dan berasa sakit sehingga rasa nak terkencing.

5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat banyak penyebab sakit perut bahagian bawah. Punca-punca sakit perut bahagian bawah boleh dibahagikan kepada keadaan berkaitan reproduktif, sistem perkumuhan, perut dan usus. Antara penyebab sakit perut bahagian bawah adalah:
Keadaan berkaitan perut dan usus:
sembelit
gastroenteritis
sindrom iritasi usus
Keadaan berkaitan organ reproduktif:
senggugut
endometriosis
Perkumuhan
Jangkitan saluran kencing
Batu karang di saluran air kencing
Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih