
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian belakang kepala dan rasa lenguh tangan sebelah kiri
Saya wanita berusia 39thn,mengalami sakit kepala berdenyut bahagian belakang, tegang leher dan bahu pada mulanya dalam 7 hari. Selepas saya melakukan senaman leher…sakit kepala berkurang dan rasa tegang juga berkurang. Saya telah merujuk pada doktor dan saya didiagnos mengalami slip disc leher. Boleh doktor terangkan lebih lanjut? Sebab saya juga mengalami rasa sakit dipangkal bahu jika di tekan dan juga bahagian belikat.terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami bersimpati dengan masalah yang anda hadapi. Berdasarkan pertanyaan anda tentang slip disc, ianya juga dinamakan sebagai cervical herniated disc. Masalah ini adalah berkaitan dengan terkeluarnya suatu bentuk material dalam tulang belakang di kawasan leher anda. Ia boleh disebabkan oleh tekanan yang berlebihan pada disc, sama ada disebabkan oleh mengangkat berat atau gerakan lain yang mencederakan. Kesakitan boleh muncul apabila disc yang yang terlibat mengenai saraf tulang belakang.
Antara gejala cervical slipped disc ialah:
- Kesakitan yang menyebar ke bahu, tangan atau jari
- Mati rasa atau kesemutan di bahu hingga/ atau lengan
- Kelemahan tangan atau lengan
Masih risau dengan sakit belakang? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih