Sulit
4 tahun
Sakit Bahagian Dada Sebelah Kiri Dari Dalam Sehingga Ke Luar
Saya wanita berusian 20-an mengalami sakit seolah2 ditekan dari dalam sehingga ke luar di bahagian sebelah kiri dada saya. Berat saya 105 kg dan tinggi 155. Sakit ini tidak kerap berlaku cuma saya takut ianya mungkin disebabkan oleh penyakit atau normal utk org yg berlebihan berat badan seperti saya. Kadang rasa sesak nafas yang tidak mungkin dan kerap terasa seram sejuk. Adakah ianya normal atau tidak utk wanita yg berlebihan berat seperti saya utk mengalami sakit ini?
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit jantung
- Angina jantung
- Jangkitan paru- paru
- COPD
- Asthma
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana anda berisiko tinggi untuk penyakit di atas akibat daripada berat badan berlebihan anda. Klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!