
Sulit
2 tahun
Sakit bahagian mata dan kepala
Assalamualaikum dr… 2,3 hari nie sy kerap sakit dlm mata(rongga mata)… sakit mata kiri dan kanan… kadang sakit mata tu sbelah kanan shaja dan kpala sbelah kanan pn sakit jgk… kdang ada jgk belakang kepala sy pn sakit… mata sy klu sakit rasa mcm senak sgt… sy pernah rujuk dr pakar mata dlu… bila dr check tiada bengkak atau ketulan mcm ketumbuhan di saraf mata… blh saya thu apa pnca jdi sakit ini dan mcm mna nk rawat sakit ni??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Untuk pengetahuan anda, konsultasi kami sangat terhad berbanding dengan doktor pakar yang merawat anda. Hal ini kerana mereka sudah mendapatkan maklumat lanjut serta melakukan pemeriksaan ke atas anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan doktor anda untuk maklumat lebih lanjut.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.