
mira.aisyah39
5 tahun
Sakit bahagian perut bawah kanan
saya remaja perempuan yg berumur 17 tahun dan pernah melakukan pembedahan appendix semasa umur kira kira 8 ke 9 tahun. kebelakangan ini, saya asyik diserang sakit seperti mencucuk yang melibatkan kawasan pembedahan itu. adakah ia memang disebabkan oleh pembedahan itu atau sakit perut biasa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Ulser duodenum (duodenal ulser)
- Gastroenteritis :Kebiasaannya ia berpunca daripada jangkitan pada usus
- Masalah pencernaan (dispepsia)
- Serangan Apendisitis : Apendisitis adalah radang atau jangkitan pada usus buntu (appendix)
Saya mencadangkan agar anda merujuk masalah anda ini kepada hospital agar pemeriksaan dan ujian untuk mengenal pasti punca gejala yang anda hadapi serta dirawat dengan betul dan tepat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.