
Sulit
5 tahun
Sakit bahagian perut kiri bawah
Saya mengalami sakit di bahagian bawah perut kiri. Terasa mengeras seperti ada sesuatu. Kira-kira lebih 2 tahun dan sekarang terasa begitu sakit terutamanya waktu buang air besar. Bila dipicit perut banyak angin keluar. Mengapa ye doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Radang divertikulum
- Penyakit Radang Usus (Crohn’s/ Ulcerative Collitis)
- Hernia
- Barah Usus (Jarang-jarang)
Sakit perut tersebut juga boleh disebabkan masalah di dalam struktur usus seperti ketumbuhan barah usus atau kanser lebih-lebih lagi jika anda berusia, namun ia adalah jarang berlaku. Biasanya masalah tersebut disertai dengan gejala seperti:
- Hilang berat badan
- cirit-birit/ Sembelit
- Anaemia
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.