
Anonymous
6 tahun
Sakit bahagian perut semasa berpantang
salam nak tnya . sekiranya dalam pantang saya bersama suami adakah punca sakid perot mcam senak . sebetulnya darah da hbs tp selepas bersama darah keluar nthe. berhenti nthen bila bersama semula darah keluar smula . . tapi skrg darahda xkeluar tp perut jadi senak . saya rsau petanda saya hamil lagi ke ataw peranakan jatuh

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan puan, terdapat beberapa kemungkianan punca spotting selepas seks, antaranya:
- Faraj kering “vaginal dryness”
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
- Memandangkan puan baru bersalin, terdapat kemungkinan luka puan masih belum sembuh sepenuhnya dan menyebabkan luka kecil.
Puan disarankan untuk mengelakkan hubungan seks sehingga pantang atau luka puan sembuh sepenuhnya. Sila rujuk kepada doktor jika pendarahan semakin banyak atau terdapat gejala lain seperti keluar nanah atau faraj berbau. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.