
hazarsyg
5 tahun
Sakit bahagian sendi
Saya wanita berumur 23 tahun. Belum berkahwin. Sejak sebulan yang lalu saya menghadapi masalah sakit dibahagian lutut. Dan mula naik lebam merah dari bahagian lutut hingga ke buku lali. Di kedua belah kaki.lebam itu terasa sakit. Dalam masa seminggu lebam tersebut menjadi bengkak. Dalam masa yang sama belakang saya belah kanan terasa sakit. Sendi- sendi siku,pergelangan tangan,lutut,buku lali dan juga jari kaki terasa sakit. Saya selalu mengalami sakit kepala dan sakit-sakit badan. Saya mengalami msalah bila hendak mencangkung hingga terpaksa berpaut pada sesuatu. Tapak kaki juga terasa sakit terutama sekalu pada waktu pagi. Saya susah untuk berjalan. Saya sudah buat ultrasound buah pinggang tapi x da masalah. Saya juga sudah buat pemeriksaan darah sepeti c3,c4,ana,hepetitis tapi semua tak ada masalah. Jadi boleh tak doktor terangkan kemungkinan untuk masalah saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, himpunan gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Himpunan cecair tubuh akibat sakit buah pinggang, masalah jantung dan sebagainya
- Deep vein thrombosis
- Trauma atau keradangan muskuloskeletal seperti cellulitis, bursitis
- Idiopathic Chondromalacia Patellae akibat perubahan sifat sendi lutut
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu pergerakan harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.