
Sulit
5 tahun
Sakit bahagian tengah atas perut dan sakit tulang belakang
Saya mengalami kesakitan nbahagian atas perut. Saya tidak boleh tidur dan sehingga mengakibatkan tulang belakang saya berasa amat sakit. Saya tidak pasti apa kaitannya. Bahagian kiri dan kanan tidak berasa sakit. Adakah saya mengalami ulcer gastrik atau telah menghidap kanser perut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang gejala sakit perut dan sakit belakang yang anda hadapi. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- masalah pada buah pinggang
Bagi masalah kanser perut, pesakit kebiasaannya menghadapi gejala seperti:
- muntah
- hilang berat badan dengan mendadak
- kurang selera makan
Namun, pemeriksaan lanjut diperlukan bagi mengenalpasti punca sebenar.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.