
intannazwa95
5 tahun
Sakit bahagian tepi perut sebelah kiri
sy berumur 20 an dan mngandung anak pertama … kndungan sy skrg nak msuk 8 bulan … Awal pg td sy berasa sakit seperti nyeri perut di bahagian tepi perut sbelah kiri , bila nak berdiri dan berjalan berasa sakit . Tapi x berlarutan … skejap sakit skejap tak … Saya nak tahu ap puncanya ya … adakah sy tidur tertindih perut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda posisi terbaik untuk ibu mengandung adalah tidur di pada sisi dan tidur pada sisi kiri (left lateral position) yang mampu meningkatkan perjalanan darah pada uri rahim.
Untuk sakit anda, ianya boleh disebabkan oleh berbagai perkara. Antaranya ialah:
- uterus membesar yang menyebabkan sakit apabila ligamen turut membesar (normal)
- diverticulitis (radang ‘kantung’ usus )
- saluran usus tersekat
- jangkitan kuman dan bakteria
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.