
Sulit
4 tahun
Sakit bahagian tulang kanan pipi hingga kepala bahgian kanan saja
Hasil carian untuk haii…sy mengalami masalah kesakitan pada bahagian kawasan tulang pipi kanan.kesakitan nya dtg berulang.sebelum ni x pnh.baru² ni je sy rasa sakit sgt.smpai air mata kanan mengalir setiap kali kena.bila tekan mata kanan terasa sakit.dan bila sy sedut nafas dgn cara tutup hidung sebelah kiri.sy mcm rasa ada hingus atau kahak yg lalu ke tekak.walhal sy tak selesema dan batuk.sy rasa sy dapat mcm ni lepas buat swab test beberapa bln lpas.ada x ubat untk rawatan ni di farmasi utk sy cuba.thanks doc.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan:
- Alahan rhinits
- Alahan kepada persekitaran
- Keradangan sinus
- Masalah struktur hidung
- atau gangguan yang lain
Selalunya, gejala sakit pipi juga boleh menandakan jangkitan kuman atau bakteria yang terdapat pada kawasan hidung atau sinus yang tengah mengalami keradangan.
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Pakar sakit hidung, sinus dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.