
Sulit
4 tahun
Sakit bahu kanan dan perut kiri
Saya mengalami sakit di bahu kiri dan terasa ngilu di bahagian kiri perut,Selama 2hri ini ada muntah 2 kali dan rasa meloya,kurang selera apa bila mkn walaupun sedikit perut rasa mengeras dan sukar bergerak ada kah masalah saya serius? Perlu kah saya pergi ke hospital utk check?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu loya, kurang selera, muntah dan sakit perut. Kesemua simptom ini boleh bersangkut paut ataupun disebabkan sakit yang berbeza. Sakit perut secara amnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu akut dan kronik. Penyebab sakit perut dibahagikan kepada penyebab akut dan penyebab kronik. Penyebab akut sakit perut adalah :
- Sembelit
- Keradangan appendiks
- Usus berpintal
- Keracunan makanan
- Sakit puan seperti (ovari berpintakl, kandungan ektopik)
Penyebab sakit perut kronik seperti :
- Ulser peptik
- Gastritis (keradangan lapisan perut)
- Penyakit seliak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.