
Sulit
3 tahun
Sakit Bahu Kedua2 Belah Selama Sebulan Lebih
Salam. Saya wanita berusia 26 tahun, ketinggian 149cm dan berat 72kg. Saya mengalami kesulitan untuk mengangkat kedua-dua bahu. Dahulunya hanya sakit yang minima, tetapi baru2 ini saya cuba bangun dari baring dengan menggunakan sebelah tangan untuk menahan, tetapi bahu saya mengalami kesakitan yang teramat pada lengan tersebut seperti terkehel. Sehingga harini, saya berasa sakit apabila cuba mengangkat tangan tinggi sedikit dan menurunkan tangan. Saya tidak ada jatuh dalam masa terdekdat.Apakah rawatan yang perlu? Adakah ini masalah berat badan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham dengan kebimbangan anda memandangan anda sedang mengalami gejala seperti sakit bahu. Untuk makluman anda, gejala ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- radang tendon atau ligamen
- bahu terkehel
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.