
Sulit
4 tahun
Sakit bawa perut mcam sengugut
Sy ada cek pregnant test dua line tapi tdak brapa jelas,last datang haid blan 12 blan lalu,haid sy lewat 1 bulan,adakah sy mengandung atau tidak,sakit bwa perut sy ni tdak selalu sakit ada masa dtng tu sakit mcam sengugut…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan seseorang wanita mengalami masalah haid lewat atau tidak teratur, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penggunaan perancangan keluarga (pil/implan/suntikan/IUCD)
- Berat badan: Berat badan berlebihan boleh mengganggu kitaran haid
- Jadual aktiviti harian yang terlalu sibuk
- Tekanan emosi atau stres
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Sukar untuk kami katakan sama ada anda hamil ataupun tidak kerana keputusan kit ujian kehamilan yang kurang jelas. Berikut merupakan antara sebab mengapa kit ujian kehamilan boleh menjadi samar-samar:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Kami sarankan anda untuk mengulangi penggunaan kit ujian kehamilan semula. Sekiranya ia positif, sila berjumpa dengan doktor untuk membuat pengesahan sama ada anda hamil ataupun tidak. Sekiranya masih kurang jelas atau negatif dan anda masuh ragu-ragu, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari maka tempoh alirannya pula adalah di antara 2 hingga 7 hari. Anda digalakkan untuk merekod kitaran dan aliran haid anda di dalam diari atau aplikasi telefon pintar supaya boleh dijadikan rujukan anda atau doktor pada masa hadapan.
Ini adalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.