Anonymous
6 tahun
Sakit bawah abdomen belah kiri
saya wanita berusia 23 tahun sy nak tnye doktor
kenapa abdomen belah kiri sy sakit … sy rse mual lpas tu rse nk buang air besar je … sy x sedap perut … bleh mntk pnjelasan doktor ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Hal ini kerana simptom-simptom yang anda nyatakan dapat mempunyai beberapa sebab. Antaranya adalah:
- Sembelit:
- “Bowel obstruction”/usus tersumbat:
- Batu karang:
- Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Photo by mwangi gatheca





























