
Sulit
3 tahun
Sakit bawah bahagian perut
Saya wanita berusia 21 tahun dan masih belum berkahwin. Baru baru ni saya mengalami sakit di bawah bahagian perut yang agak sakit jika saya melakukan pergerakan. Perinciannya apabila saya berbaring bahagian bawah perut sakit dan saya tak boleh melakukan pergerakan ditambah pula dengan sakit pinggang. Bahagian bawah perut terasa seperti dicucuk bila melakukan pergerakan tapi ada masa sakit bahagian bawah perut ini tidak menyakitkan apabila melakukan pergerakan. Sebelum ini saya tidak pernah mengalaminya. Saya juga sudah lama tidak datang haid, haid terakhir saya pada hujung bulan April. Saya mempunya haid yg tidak teratur sejak dahulu. Sakit dibahagian pinggang ini telah berlarutan agak lama. Boleh doktor terangkan punca puncanya dan patutkah saya pergi ke klinik untuk pemeriksaan lanjut ? Terima kasih doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, sakit bahagian bawah perut, sakit pinggang dan haid tidak datang boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Batu karang
- Jangkitan saluran kencing
- Penyakit buah pinggang
- Penyakit usus (sembelit, radang, jangkitan dan lain)
- Sakit puan seperti sista, PCOS, fibroid dan lain
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, kami menyarankan anda merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.