
Anonymous
5 tahun
Sakit bawah perut dan buah pinggang kanan
Saya wanita berusia 20-an kini saya mengalami sakit dibawah perut sehingga ke area buah pinggang disebelah kanan, kerap demam ketika waktu malam dan sering berpeluh peluh tapak tangan dan kaki, muntah selepas makan, penurunan berat bdn, hilang selera makan juga. Kaki kanan juga sukar diluruskan apabila diluruskan maka sakitnya bertambah sakit. Kekadang buah pinggang terasa panas didalamnya dan seakan ditusuk benda tajam. Sebelum ni batuk almost 3 weeks, adakah ia ada kaitan dgn penyakit sebelum ni? Ke ada jangkitan di bahagian organ yg lain? Apabila dukung baby ia terlalu sakit sekali, membongkokkan bdn pun terasa sakit juga… Apa ntah lagi apabila batuk. Mohon pencerahan tentang soalan ni. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan gejala-gejala yang puan senaraikan, beberapa perkara boleh menyebabkan koleksi simptom ini terjadi antaranya ialah:
- Kencing manis (diabetes)
- disk prolaps
- disk hernia
- tuberkulosis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian atau berjumpa dengan doktor segera. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.