
Anonymous
6 tahun
Sakit bawah perut dan fajar berbau yang kurang mengenangkan
Saya wanita berumur 24 tahun sudah bekahwin. Sakit saya itu suda 2 bulan lalu

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan faraj berbau, antarnya:
- Bacterial vaginosis: keseimbangan bakteria di faraj terganggu menyebabkan gejala seperti keputihan yang banyak serta berbau
- Jangkitan seksual seperti gonorrhea
- Kandidiasis
- Jngkitan parasit
- Jangkitan HPV
- Radang pada kawasan pelvik
Dan semua ini boleh menyebabkan kesakitan di perut bawah anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.