
Sulit
4 tahun
Sakit bawah perut kadang2 rasa berdenyut ja bwah prut
Saya wanita berumur 24.sya nk tnya dktor. knpa ya sya sakit bwah perut kdng2 rsa berdnyut ja kt bwh perut tu… adakah tu sbb peranakan sya jtuh…sya sdg brusaha menimang chaya pertama…hrap doktor dpt membantu sya…trima kasihh

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda,sakit bawah abdomen boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- sembelit
- jangkitan saluran kencing
- batu karang
- sakit otot
- hernia (angin pasang)
- usus tersumbat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.