
izzatianis319
3 tahun
Sakit bawah perut selepas bersenam
Saya berumur 19 tahun dan mengalami sakit di bawah perut selepas melakukan physicall training iaitu jumping jack sebanyak 20 kali. Apakah itu serious?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, sakit perut yang anda hadapi mungkin disebabkan regangan pada otot perut. Kemungkinan anda tidak melakukan senaman memanaskan badan atau senaman regangan sebelum melakukan aktiviti. Biasanya hal ini tidak serius dan boleh sembuh dengan rehat secukupnya.
Namun begitu, sila rujuk kepada doktor jika kesakitan semakin serius atau terdapat simptom lain seperti masalah penghadaman, muntah muntah dan sebagainya.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.