
Sulit
3 tahun
Sakit bawah perut semasa kencing
Saya wanita umur 18 tahun. Sy nk tny klau sakit bawah perut semasa kencing apa punca dan terasa seperti kerap ingin kencing

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, sakit perut bahagian bawah semasa kencing dan kerap terasa nak kencing boleh disebab oleh beberapa perkara. Contohnya jangkitan atau keradangan saluran kencing, sakit pundi kencing, batu karang dan selainnya.
Oleh itu, anda perlulah merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani sebarang pemeriksaan dan penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab masalah anda, serta dapatkan penjelasan dan rawatan yang sesuai.
Anda juga boleh dapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda menangani masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.