
Sulit
4 tahun
Sakit bekas inject , selepas cabut gigi geraham
saya nak tanya,normal ke sakit bekas inject selepas cabut gigi geraham tu,sebab saya rasa sangat tak selesa,sebab terlalu sakit, sampai nak makan pon tak boleh

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami keresahan anda tentang masalah yang dihadapi oleh anak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya, kesakitan yang berterusan selepas gigi dicabut umumnya boleh disebabkan oleh kesan sampingan dari proses ekstraksi, jahitan gusi atau tusukan bius. Ketiga-tiga fenomena in lazimnya hilang setelah beberapa jam hingga hari mengikut tiap individu. Walau bagaimanapun, anda juga perlu tahu bahawa kesakitan yang berterusan atau agak lama boleh berpunca dari:
- jangkitan kuman pada kawasan ekstraksi gigi
- gangguan perdarahan atau pemulihan
- inflamasi atau bengkak gusi
- gangguan gigi atau gusi yang lain
- gangguan akibat benda asing
Yang pasti ia juga boleh menandakan proses pemulihan yang masih di tahap awal, memandangkan setiap individu mempunyai kadar pemulihan yang berbeza.
Pastikan kebersihan dan kesihatan mulut anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Justeru untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).