Anonymous
3 tahun
Sakit belakang bahagian pinggul. Kesukaran untuk berdiri tegak, rasa seperi menekan
Hi, saya wanita 20an, mengalami sakit belakang dimana terasa seperti menekan di bahagian pinggul. Kronologi sakit, badan panas + flu and cough. The next 3 days, sakit pinggul sebelah kanan dan hanya mengalami flu and cough. Flu and cough beransur pulih. Seminggu selepas itu, which is last Friday sakit pinggul datang kembali but now di sebelah kiri. Rasanya seperti menekan apabila melakukan pergerakan duduk, menunduk, berjalan dan baring. Perlukah saya berjumpa doktor
6 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trauma menyebabkan otok belakang terseliuh seperti terjatuh
- Sakit buah pinggang seperti batu karang
- Saraf terhimpit (prolapsed intervertebral disc)
- Masalah ovulasi serius
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























