
Sulit
4 tahun
Sakit belakang berdekatan punggung
Saya perempuan 14 tahun. 4 bulan yang lepas saya terjatuh terduduk di atas simen dari tempat yang tingginya kira 5-8 meter dari tanah. Selepas kejadian, saya ambil masa hampir 2 minggu untuk pulih. Tetapi sejak daripada itu belakang saya akan sakit secara tiba-tiba sehingga mengganggu aktiviti harian saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami memahami kerisauan anda terhadap keadaan yang sedang anda alami.
Anda mempunyai masalah tulang dan sendi? Klik di sini untuk penjagaan tulang dan sendi anda!
Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda seperti yang dinyatakan di bawah. Namun begitu, anda perlulah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui sebab sebenar anda mengalami masalah sedemikian kerana anda perlu melakukan pemeriksaan fizikal dan klinikal.
- Keretakan pada tulang belakang
- Slipped disc
- Inflamasi atau jangkitan pada tulang belakang
- Penyakit autoimun
Kami sarankan anda untuk berjumpa doktor secepat mungkin kerana anda menyatakan sakit tersebut mengganggu aktiviti harian dan sekiranya anda mempunyai gejala-gejala berikut:
- Sakit dari pinggang sehingga ke kaki
- Kebas dari bahagian pinggang ke bawah
- Pergerakan terbatas
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Jika anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut, anda boleh menghubungi doktor-doktor kami di (DoctorOnCall) dan doktor-doktor kami akan memberikan konsultasi kepada anda secara atas talian. Terima kasih.