
Sulit
3 tahun
Sakit belakang dan angin
Saya wanita 28thn. Kerap sedawa dan rasa angin dalam badan. Sakit akan bertambah teruk pada lewat petang hingga ke malam hari. Saya sukar untuk tidur akibat angin dan sakit belakang. Saya ambil paracetamol tetapi tidak berkesan. Saya akan lega apabila saya muntah. Setelah itu barulah saya dapat tidur dengan lena hingga pagi.
Ada ketika saya kena serangan sakit ini dua kali pada waktu malam. Setelah lega akibat serangan pertama… saya tidur… dan kemudian saya terjaga semula sejam-dua jam kemudian akibat serangan yang sama seperti muscle spasm. Saya tak senang duduk kerana sangat sakit. Ia lega sendiri selepas sejam kemudian. Dan bila saya bangun pagi… sakit itu tiada.
Masalah ini cuma berlaku teruk pada leeat petang hingga malam hari sahaja. Siang hari saya okay cuma sendawa sahaja. Saya tidak sakit belakang badan di waktu siang.
Mohon nasihat dari doctor. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kesakitan belakang boleh berlaku di mana sahaja di bahagian belakang anda dan boleh merebak ke bahagian lengan atau kaki. Ia mungkin mengehadkan pergerakan anda.
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
- perut bergas
- kembung perut boleh mengganggu keupayaan anda untuk bekerja dan mengambil bahagian dalam aktiviti sosial atau rekreasi.
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih