moonlitehazel
6 tahun
Sakit belakang dan masalah pada bahagian kaki
saya lelaki berusia 27 tahun… bekerja sektor retail, hampir 3 bulan yg lalu, saya mengalami sakit belakang yg teruk… tp on/off…kesan lain ialah kaki saya sering kebas dan terasa terik (kaki kanan)… jika berjalan lama atau mencangkung, kaki akan kebas dan sakit… terutama pada lipatan kaki (kawasan betis)… terkadang saya tidak merasa kaki saya… telah ke hospital gov, dan diagnose PID right lower limb radiculopathy… bolehkan Dr terangkan mengenai hasil diagnose tersebut, dan apakan rawatan yg sesuai… kerana appointment saya 5 minggu dari skrg, agak tlalu lama untuk mdapat penjelasan dri Pakar… terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, PID adalah singkatan bagi prolapsed intervertebral disc yang mana hal ini terjadi akibat adanya bahagian tulang belakangyang terkeluar sehingga menekan saraf-saraf yang berada di daerah tersebut.
Kejadian ini pada anda telah menyebabkan right lower limb radiculopathy yang mana ia bermaksud anggota kaki kanan anda terefek daripada penekanan saraf diatas sehingga menimbulkan kesakitan.
Perawatan dan pengubatan pula adalah tergantung kepada pelbagai hal. Secara umum, ia terdiri atas painkiller, kompres sejuk panas, dan fisioterapi.
Bagi info dan maklumat tambahan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























