
Sulit
4 tahun
Sakit belakang dan nafas semput
Saya berumur 36 tahun. Pernah mengalami gastrik pada waktu2 tertentu sebelum ini. Dalam bulan puasa ni,saya kerap sakit belakang dan ada ketika bila tarik nafas jadi semput dan sakit sedikit dibahagian dada.Selalunya terjadi sewaktu di tempat kerja dan selalu terjadi pada jam 3pm ke atas. Rutin kerja saya banyak melibatkan angkat beban yang berat dan berdiri agak lama. Pernah terjadi sebelum ini pada bulan biasa,sekiranya saya lewat makan atau kuantiti makanan yang diambil sedikit. Saya terpaksa duduk seketika untuk mengurangkan rasa tersebut.Namun apabila dirumah,ia tidak berlaku. Cuma sakit belakang biasa sahaja. Untuk makluman tuan, berat saya sekarang 45kg.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Umumnya, bagi mengetahui kondisi sebenar kesihatan anda, ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif dari doktor secara langsung di klinik atau hospital yang berdekatan.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Doktor pakar paru-paru kami sedia membantu.
Lazimnya gejala atau kondisi yang dialami boleh disebabkan oleh:
- keletihan yang melampau (extreme fatigue)
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
- gangguan ketegangan otot dan tulang
- tanda-tanda gangguan tidur
- gangguan metabolisme tubuh
- komplikasi dari jangkitan kuman
Untuk saat ini anda perlu mendapatkan rehat secukupnya, disamping itu, turut berusaha merubah gaya hidup yang lebih sihat (atau menjadi lebih aktif sesuai dengan bebanan kerja harian) walaupun di waktu PKP ini. Anda juga boleh mendapatkan suplemen di platform kami secara atas talian, Selain itu, cuba berusaha agar menjauhi faktor yang merosakkan kesihatan tubuh seperti gangguan stres, kekurangan tidur, habit yang tidak sihat, mencegah penurunan nafsu makan, dan lain-lain.
Namun, anda juga dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan yang mengganggu rutin harian
- pening / sakit kepala
- kejang tubuh
- mual / muntah
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Justeru itu, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.