Sulit
4 tahun
Sakit belakang dan period tidak teratur
Saya berumur 25 tahun…sekarang period sya dh x teratur…datang pon dlam 4 atau 5 hari mcm tuh…baru² nie saya da belakang belah kiri atas…skit yg sgt² nafas pon sakit shari 2 lpas tue saya datang bulan…sebolom nie saya xpernah mcm tue…adakah itu normal…kdang awal kdang lmbat datang bulan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Masalah pada organ reproduktif wanita -rahim, ovari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Mengenai gejala sakit belakang yang ada alami ianya juga boleh disebabkan pelbagai kondisi kesihatan yang memerlukan pemeriksaan lanjut sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Namun, secara umum, kebanyakan wanita akan mengalami Premenstrual Syndrome sebelum haid. Premenstrual syndrome (PMS) adalah gabungan gangguan emosi, fizikal, dan psikologi yang berlaku selepas ovulasi seorang wanita, biasanya berakhir dengan permulaan pendarahan haid. Antara gejala yang biasa adalah sakit sendi, sakit kepala dan sakit pada payudara. Ianya adalah tidak berbahaya sekiranya kesakitan yang dialami adalah ringan dan bersifat sementara, namun, jika kesakitan yang dialami amat berat, rawatan lanjut mungkin diperlukan bagi mengurangkan gejala.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!



























