
Sulit
3 tahun
Sakit belakang Dan rambut gugur
saya perempuan berumur 16 thn, saya mengalami sakit belakang bdn,apabila saya mengalami sakit blkg saya akan pusingkan bdn saya supaya tidak terlalu sakit dan byi nya terlalu “retak?” idk dan rambut gugur yang terlalu teruk

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kekhuatiran anda. Untuk pengetahuan anda, masalah keguguran rambut lebih sering dialami oleh mereka yang mempunyai family history terhadap gangguan yang sama. Walaubagaimanapun, pada umumnya masalah keguguran rambut boleh juga disebabkan oleh:
- Ketidakseimbangan hormon
- Faktor genetik
- Gangguan stress yang berlebihan
- Faktor ubat-ubatan
- Penyakit atau gangguan kesihatan yang memerlukan rawatan susulan
Bagi masalah sakit belakang anda, kami memerlukan maklumat dan pemeriksaan lebih lanjut untuk kami memberikan kesimpulan. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pendapat yang lebih tepat tentang hal ini.
Mempunyai masalah rambut gugur? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah anda!
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.