
Sulit
3 tahun
Sakit belakang kanan dah 7 hari
Hi doc. Sy wanita berusia 30y. Hi doc. Saya nak tanya dh 7 hari saya sakit di bahagian belakang kanan (tengah bdn). Sakitnya tidak secara menyeluruh kawasan tetapi hanya ada 1 point tajam yg akan berdenyut kuat sekali sekala yg membuat sy tak selesa melakukan aktiviti harian. Sakit berdenyut tu dtg dan pergi. Macam yg sy ckp tadi, ia cuma 1 point tajam saja yg sakit dan tak melibatkan seluruh kawasan bhagian belakang kanan sy. Adakah ini berkaitan buah pinggang? Simptom sakit buah pinggang juga sy tiada. Adakah ia boleh berkait dgn masalah pencernaan? Sy juga mempunyai masalah gastrik @ heartburn namun tidak kerap trjadi. Denyutan itu dtg walaupun sy tak melakukan apa2 aktiviti. Bantu ya doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan
Menurut keterangan diatas, anda mengalami masalah sakit belakang dan berasa tajam dan berdenyut sehingga menganggu aktiviti harian. Kami akan cuba untuk membantu anda
Untuk makluman anda, masalah sakit belakang boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- Otot kejang / muscle spasm
- Kedudukan ataupun posisi badan yang salah
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera , seperti:
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- masalah saraf
- keradangan pada sendi tulang belakang
- Cervical Radiculopathy
- Cakera tulang belakang yang kembung atau terjatuh ( Slipped disc or Herniated disc )
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.