
Sulit
3 tahun
Sakıt belakang perempuan 17 tahun
Hye doc,
Sy remaja perempuan berusia 17 tahun
Sy selalu sakit belakang pinggang tengkuk,bahagian belakang la
Kalau duduk atas kerusi secara tegap tak boleh lama,pastu ada la rasa sangat sakit bahagian belakang, pinggang terutamanya
Kadang kena bangun buat stretching duduk balik,lagi rasa tak sedap,sgt la sakit
Kadang time baring kena baring dengan tiada bantal,straight je,kadang baring straight pon rasa tak selesa,rasa macam tak selesa betul
Kenapa ye doc
Kadang kaki saya bahagian lutut ke bawah pun selalu tak selesa,rasa macam kena cucuk, terutamanya di bahagian lutut dan buku lali
Kenapa ya,adakah serious,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit pinggang dan tengkuk.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Otot yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang dan pinggang
Namun terdapat kondisi yang serius yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
- Kemampatan cakera intervertebral
- Slip disc
- Jangkitan pada saluran kencing dan buah pinggang yang boleh menyebabkan kepedihan sewaktu kencing.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk ke hospital dengan segera.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.