barberabangsar
3 tahun
Sakit belakang&sendi
Doctor, sy mengalami sakit tulang belakang dibhgian bawah,sejak 2 bulan yg lalu, sy juga mengalami sakit2 sendi ketika menaiki tangga,kerja sy sebelum ini,adalah mengangkat barangan yg berat berseorangan,dan sekarang sy tidak bekerja lg di company itu,apakah punca dan nasihat doctor,perlukah sy mengambil ubat tahan sakit di farmasi? Dan sy tidak mengambil sebarang ubat tahan sakit sebelum ini.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keadaan anda boleh disebabkan oleh “Sciatica” adalah nama yang diberikan kepada kesakitan yang disebabkan oleh kerangsangan saraf sciatic. Apa-apa yang merangsang saraf ini boleh menyebabkan kesakitan, mulai dari ringan hingga teruk. Sciatica biasanya disebabkan oleh saraf tertekan pada tulang belakang yang lebih rendah. Ianya boleh diubati dengan mengambil ubat tahan sakit untuk masalah ringan
Bagaimana pun, anda tidak boleh menjamin yang keadaan berikut adalah benar, melainkan anda mendapatkan pemeriksaan fizikal di hospital atau klinik berdekatan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi dan ubat-uabtan anda adalah PERCUMA! Terima kasih.























