Anonymous
6 tahun
Sakit belakang tengkuk dan leher
Saya wanita berumur 29 tahun dan bekerja. Sejak beberapa hari lalu saya mengalami kesakitan di bahagian tengkuk menyebabkan saya sukar untuk memusing kepala atau menunduk dan mendongak. Tetapi kesakitan ini tidak berlanjutan sepanjang hari. Selain itu saya juga mengalami kesukaran untuk menelan air liur kerana saya merasa sakit apabila menelan dan ada sedikit bengkak di bahagian leher sebelah kanan. Tetapi apabila saya makan atau minum, saya tidak merasa sakit langsung. Adakah ini berkaitan dengan apa apa penyakit serius?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit Gastroesophageal Reflux Disease(GERD)
- Pembengkakkan kelenjar tiroid boleh menekan pada esofagus.
- Penyakit Neurologi
- ketidakseimbangan otot
- kecederaan whiplash
Saya sarankan anda untuk mendapatkan nasihat dan ubat yang diperlukan segera ke pihak doktor berdaftar kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





























