
Sulit
4 tahun
Sakit belakang yang teruk
Saya perempuan umur 23 tahun. Saya mengalami sakit belakang rasanya dah bertahun. Mungkin sebab posture badan tak betul tapi menyebabkan ketidakselesaan untuk saya buat aktiviti seharian. Saya tak pernah jatuh atau accident. Bila saya duduk atau berdiri terlalu lama sakit belakang tu makin kuat sampai satu masa tu saya terpaksa baring je sebab tak tahan berdiri atau duduk terlalu lama. Dah pergi klinik kesihatan sebelum ni untuk buat pemeriksaan xray tapi semuanya normal. Sakit belakang saya ni dah kerap sangat tak tahu apa puncanya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit belakang yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot belakang
- Masalah cakera tulang belakang - seperti “Slipped disc”
- Jangkitan tulang belakang - seperti oleh tibi
- Masalah buah pinggang - seperti keradangan, batu karang, jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.