
Anonymous
2 tahun
Sakit bhg ari2 atau bawah perut
Assalamualaikum doktor… Umur sy lingkungan 20 an dan blum brkhwin tapi sy sllu rasa skit bhg bawah perut… Kkdg rsa mcam ada something nak jatuh or trkeluar… Bila rsa mcm tuh… Mmg x selesa nak duduk or berdiri…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala sakit perut tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai punca sam ada berkaitan sistem pencernaan, sistem peranakan anda, pundi kencing atau mana-mana bahagian pelvis anda.
Namun begitu, bagi mengetahui puncanya, maklumat lanjut tentang kesakitan tersebut, bilakah waktu ia sering terjadi, ciri-ciri kesakitan, dan kawasan yang terlibat harus kami ketahui. Selain itu, bagi sesetengah keadaan, pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin diperlukan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah anda ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.