
Anonymous
5 tahun
Sakit bhgn bawah perut
Umur 34,mengalami sakit perut teramat dibhgn bawah perut. Saya makan panadol, dan gaviscon. Rasa sakit berkurangan, patut ke saya risau dan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lankut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti:
- ciri-ciri kesakitan
- tempoh kesakitan
- tempat spesifik kesakitan (seluruh bahagian bawah perut/tengah/kiri/kanan)
- simptom lain (pedih perut,demam,loya,muntah)
Sekiranya gejala yang anda alami masih berterusan dan menganggu aktivit seharian anda, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan fizikal.Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih