
Sulit
3 tahun
Sakit bila toleh ke kiri
bila saya toleh ke kiri rasa sakit + ngilu pada bahagian kiri… kiranya saya x boleh toleh hbis smpai ke belakang… perlu ke saya dptkan rawatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai gejala sakit di bahagian kiri anda semasa menoleh dan ini menyebabkan ketidakselesaan terhadap anda. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Sakit leher semasa menoleh merupakan gejala yang kerap dialami oleh semua orang dan ia boleh disebabkan oleh punca yang lazim ataupun yang lebih serius.
Antara punca lazim yang boleh menyebabkan sakit leher ketika bergerak adalah:
- Masalah muskuloskeletal seperti sengal otot atau sendi
- Ketegangan otot leher atau belakang
- Postur badan yang kurang selesa
Ia juga boleh disebabkan oleh beberapa masalah yang lebih serius, seperti:
- Osteoartritis
- Artritis reumatoid (rheumatoid arthritis)
- Jangkitan otak (meningitis)
Kami sarankan anda untuk menghubungi doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai masalah yang dihadapi oleh anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.