
Sulit
5 tahun
Sakit buah dada seblah kiri
saya wanita umur 30th sudh berkhwin tpi belum ada anak. dalam 2 minggu ne payudara saya sebalah kiri kerap sakit dan terasa nengilu. apa sebab dia?oh sya masa ne datang bulan,tapi seblum ne tak pernah rasa sakit macam ne…ada kah sya perlu jumpa dotor?
terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kerana payudara menjadi lebih sensitif maka terasa sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Pembengkakan payudara akibat - saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma)untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.