
Sulit
5 tahun
Sakit dada dan kurang kencing
Saya wanita berumur dan mengalami sedikit kesakitan di dada kiri sejak 3-4 hari yang lalu. Saya juga mempunyai simpton seperti letih, kurang berselera, sakit tekak, kencing kurang dengan warna keruh. Perlukah saya mangambil ujian untuk covid-19?

5 tahun
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ketegangan otot dada - akibat senaman, postur tidak baik ataupun pakaian ketat
- Perubahan hormon
- Penyakit saluran darah - seperti saluran darah aorta (aortic dissection) atau (aortic aneurysm)
- Radang tulang rusuk akibat kecederaan atau jangkitan kuman
- Penyakit asid refluks
- Radang paru-paru
Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini