
Sulit
3 tahun
Sakit Dada dan Tulang Belakang
Hello doktor, saya wanita berumur 26 tahun sering mengalami sakit dada sebelah kanan. Kerap merasa cemas sehingga mengakibatkan sakit dada berulang datang. Dan saya juga mengalami sakit tulang belakang sekarang telah lebih sebulan menghidapinya. Tidak sering melakukan kerja-kerja berat kerana saya tidak bekerja. Adakah sebab terlalu banyak berfikir sehingga merasa stress boleh menyebabkan sakit dada berlaku?
Saya telah membuat pemeriksaan di hospital terdekat dan cuma diberikan ubat untuk tahan sakit sahaja. Apabila ubat habis, sakit itu akan berulang lagi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah jantung
- Serangan asma
- Skoliosis
- Masalah psikologi:
- Keresahan (anxiety)
- Kemurungan (depression)
- Tekanan emosi atau stres
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.