
Sulit
3 tahun
Sakit dada di bahagian tengah & belakang
Saya wanita yang berumur 18 tahun, saya sering tidak sedap hati, gelisah, sedih & ingin menangis. Kadang saya tidak tau punca saya begitu & kadang saya menangis disebabkan hal tertentu. Berat saya turun dari 55kg, sekarang 43kg. Kali terakhir saya timbang berat saya bulan 11/2020 berat saya masih 55kg. Saya tidak mengamalkan sebarang diet. Saya juga hilang selera tanpa sebab. Apabila saya mengalami keadaan ini, saya akan berasa sakit dada di bahagian tengah & belakang. Saya telah melakukan ujian thyroid tetapi result saya okay sahaja. Saya ada berjumpa dengan doktor biasa & beliau mengatakan saya mungkin terlalu stress. Bolehkah saya ingin kepastian atas sakit yang saya alami?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda sering mengalami perasaan gelisah, sedih, dakit dada dan belakang. Anda sudah menjalani ujian tiroid serta bertemu beberapa doktor, namun semuanya normal. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Depresi
- Masalah keresahan (Anxiety)
- Stres melampau
- Kurang sel darah merah
- Hormon tidak stabil
Berikut merupakan senarai diagnosis umum. Kami tidak dapat memberikan diagnosis atau nasihat rawatan tepat kerana tiada sejarah kesihatan yang lengkap, pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal anda.
Jika masalah ini berterusan dan anda bimbang ianya adalah penyakit psikiatri, terdapat beberapa persatuan yang boleh anda hubungi:
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: mycarecov19@islam.gov.my
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
Mercy Malaysia
- 8am to 5pm everyday
- Language: English, Malay, Tamil
- Hotline: 03-29359935
BEFRIENDERS
- Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight) - E-Mail: sam@befrienders.org.my
- Website: https://www.befrienders.org.my/
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.